5 Makanan Yang Anda Boleh Makan Semasa Diet
- nasihatkecantikan
- Jan 7, 2017
- 2 min read

Bila bercakap soal diet, majoriti akan susah hati. Dan di sini biar saya terangkan dengan lebih mudah, di mana anda sebenarnya tak perlu berlapar pun untuk merampingkan badan. Nombor 5 paling ramai yang tak jangka.
Semua ni disebabkan mindset kita yang dah set dalam kepala bahawa semua makanan adalah musuh semasa kita sedang dalam proses diet. Padahal bila kita terlalu menahan lapar, itu adalah punca kenapa berat badan kita tidak berkurangan. Penatnya bila diet sekian lama tapi tiada hasil yang berbaloi kann. Phewww...
Tapi, betul ke masih banyak makanan yang sebenarnya boleh dimakan semasa dalam proses diet?
Okay jom kita lihat apa yang anda boleh amalkan sepanjang proses diet.
Makanan Yang Anda Boleh Makan Semasa Diet
1. Nasi
Ya betul, nasi boleh dimakan semasa proses diet! Tapi ia mestilah padan dengan jumlah yang diambil, iaitu hanya sebanyak 'satu penumbuk' sehari. Genggam tangan anda dan lihat saiznya, itulah sahaja kuantiti yang anda perlukan dalam sehari. Walaupun sikit tapi sangat membantu dalam proses diet. Selain itu, untuk pilihan yang lebih baik semasa diet, anda juga boleh memilih untuk pilih hanya beras perang atau beras basmathi sahaja.

2. Ayam
Langsung tiada masalah! Ia juga sumber protein yang baik. Apa yang perlu dibuat adalah, daripada kita pilih ayam goreng atau ayam masak gulai dan sebagainya yang mengundang lemak, lebih baik kita pilih ayam panggang atau ayam kukus. Tapi, harus diingat. Dalam proses diet, penggunaan gula dalam masakan, sos atau bahan perasa diawet wajib dielakkan demi kesan yang lebih cepat.

3. Air Manis
Anda boleh memilih untuk dapatkan air manis anda dengan memilih pilihan yang lebih baik iaitu jus buah. Tetapi anda mesti elakkan dari menambah sebarang perasa tambahan seperti gula, susu dan sebagainya. 100% hanya buah sahaja. Tetapi buah yang mengandungi kadar gula yang tinggi juga eloklah dielakkan seperti tebu dan durian.

4. Daging
Salah satu sumber protein yang baik tapi disalahertikan adalah daging. Ramai menyangka daging adalah sejenis makanan yang sangat susah dicerna dan dianggap sebagai penyumbang lemak kepada tubuh badan. Untuk pengetahuan anda, semasa diet jika anda amalkan makan daging, tubuh anda lebih kuat dan bertenaga dan anda akan rasa kurang nafsu kepada nasi. Tapi anda harus ingat, jika anda makan daging, anda dilarang sama sekali untuk makan bersama sos dan bahan perasa yang lain, kalau tak nanti usaha diet anda akan sia-sia.

5. Tempe
Ye betul, tempe memang boleh diamalkan! Tetapi jika tempe adalah pilihan anda semasa diet, anda mestilah stop pengambilan makanan karbohidrat yang lain seperti nasi misalnya. Tempe mempunyai kadar karbohidrat yang rendah dan lagi best, kadar kekenyangan boleh dirasai dengan lebih lama. Tidak seperti nasi yang kita tak pernah rasa cukup semasa diet.

Best kan bila dah tahu semua ni kita masih boleh makan semasa diet? Jadi selamat berdiet kepada anda semua dan teruskan follow perkongsian saya setiap hari.
Nak tahu macam mana nak lagi cepat bakar lemak? Scroll bawah lagi sikit je.


Comments